Thursday, December 17, 2009

Japan Trip 6..


Last day kami kat Tokyo..kami ke Ghibli Museum Mitaka. Tak banyak gambar kat sini sebab x boleh ambil gambar. Setiap sudut ada orang jaga. Ghibli studio ni tempat filem2 kartun Japan dihasilkan. Cerita macam My neighbours Totoro, Spirited away, Kiki's delivery service, Castle in the sky dll. Museum ni hanya terima 20 visitors dalam satu masa. Hanya ada 4 sessions sehari. Jadi kami dah beli tiket seminggu lebih awal dan tiket hanya boleh di beli di "Loppi". Kebetulan ada kawan Che yang nak join sekali, masa kami nak belikan tiket untuk kawan che yang, sume tiket dah 'sold out'


Asalnya kami akan ke Akihabara selepas dari Ghibli studio. Akihabara adalah kawasan tempat orang jual gadget2 elektronik. Tp disebabkan mama dan lebam..kaki, muka, tangan sume dah bengkak..kami cuma singgah solat kat Masjid Otsuka dan seterusnya pulang semula ke Nishikoyama. Esoknya kami berangkat pulang ke Malaysia sebelum ke NZ.







Japan trip 5..

Lepas dari Gifu on 21st petang, kami bertolak naik Shinkansen (bullet train) ke Tokyo. Merasa la kami naik bullet train mcm yang kita belajar masa darjah 4 tu. Memang laju. Dari Kyoto ke Tokyo cuma 2 jam, tp kalu naik bas perlukan 8 jam untuk sampai ke Tokyo. Dari Tokyo kami terus ke Nishikoyama untuk menginap di Malaysian Hall. Berpusing2 kami carik penginapan ni sbb peta yang dibekalkan tak betul. Isk..hampir 2 jam dok berpusing2 dengan tarik beg lagi. Berapa kali tanya kat kedai, setiap direction yang di bagi adalah berbeza. Rupa2nya kami dah sampai depan penginapan/rumah tu 2 kali, tp disebabkan sign board dia yg teramat la kecik + dah malam..tu yg x nampak. Keadaan penginapan adalah sangat menghampakan..dengan bilik air yang kotor, comforter yang berbau, sarung bantal yang mcm x pernah basuh, pakaian bergantungan, kaca pecah, sinki berkerak2. Dalam keadaan yang snagt letih, mama terpaksa tolong cuci toilet sebab geli nak mandi. Penginapan tu sbenarnya sebuah rumah yang didiami oleh 2 orang student lelaki..dan 2 bilik atas dan bawah akan disewakan pada visitor. Sebab tu la kot kotor..kalu student perempuan yang duduk..adakah keadaan akan lebih bersih??? wallahualam.
Esoknya..pagi2 lagi kami keluar untuk ke Disneyland. Yuhuu..cita2 mama nak pegi Disneyland dari kecik. Alhamdullilah dah termakbul. Disenyland sesuai untuk kanak2..jadi banyak la mainan dan ride yang Adam boleh main. Kami dok kat Disneyland sampai la malam. Malamnya, kami tunggu Banzai Parade!..memang menarik. Sekali lagi, Adam kemaruk makan popcorn caramel, mama dan abah kena refill 3 kali popcorn untuk Adam. Tengok la..Adam bersungguh2 makan popcorn..Adam sangat enjoy gi Disneyland. Nanti Adam upload gambar lg ye..


























Japan trip 4..


20hb..pagi2 lagi kami bersiap untuk check out dari Kinsuikan Kyoto lepas 4 malam kat sana.
Destinasi seterusnya ialah Gifu. Adam nak gi tengok Uni Che Yang. Dari Kyoto ke Gifu amik masa dalam 2 jam. Sampai kat Gifu station, Kak Myra datang jemput kami. Siap dinner kat rumah Kak Myra dan Abg Anas..terima kasih sebab sudi melayan kami.
Petang tu, kami jalan2 kat Gifu Castle. Malamnya..geng2 perempuan pegi Jusco, geng laki pulak gi kedai game. Ape lagi abah tangkap la satu robot yang dijual di kedai. Shopping cart kat Jusco tu sangat cantik. Kalu boleh bawak balik satu..kompem mama angkut. senang mama nak gi shopping :P
Universiti Che Yang terletak dalam kawasan sawah padi..mcm universiti untk pertanian la pulak. Tp che yang buat engineering. Kat tengah sawah tu ada masjid yang baru dibina. Nanti Adam 'tepek' gambar kat sini. Ada dalam hp abah la..











Japan trip 3..


Hari ke2 conference, Adam duduk dengan Che Yang. Che yang bawak Adam jalan2 kat Teramachi street sambil makan chips perisa cheese. Sedap! 4 benda lagi yang Adam suka adalah air Calpis (mcm yogurt drink), biskut Obachan, biskut bear ngan biskut cream yg panjang2..x ingat nama dia. Masa duduk dengan Che Yang, Adam x nangis pon. Mama ngan abah risau takut Adam nangis sbb mama call banyak kali masuk mailbox. Rupanya bilik kat motel tu xde coverage telefon. Sampai motel, mama ketuk pintu, xde orang jawab. Kena la mintak kunci spare dari tuan motel. Rupanya, Adam dan Che Yang tido mati..hehe.

Esoknya, 19hb..mama dan abah dah habis conference. Kami bergerak pagi2 ke Universal Studio Japan. Dalam 1.5 hours perjalanan dari Kyoto ke Osaka. Ride paling best kat USJ, spiderman 3D. Kami kena amik turn nak main, sbb Adam masih kecik, xleh naik ride tu. Tapi yang best, kat dalam building tu ada tempat exchange untuk take turn. Tapi USJ, x berapa sesuai untuk kanak2 kecik..lebih kepada game dan ride untuk adult. Nak beratur untuk main satu permainan amik masa dalam 1 jam. Punya la lama beratur utk main, elok2 sampai turn mama dan abah , Adam mengamuk xmau masuk..isk Adam ni. So mama terpaksa la keluar dengan Adam.




Masa mula2 nak masuk pintu USJ, ada kedai jual popcorn. Nama kedai tu Papa Popcorn. Ada macam2 popcorn..mama ngan che yang beli nut& caramel popcorn dengan golden syrup popcorn. Sedap sangat..Ni la first time Adam makan popcorn manis. Semua popcorn kat NZ jenis masin..butter, salty, double butter. So, hari tu Adam makan popcorn sahaja.














Japan trip 2..







17hb Oct..Abah dan mama kena register for conference. Adam dan Che yang ikut sekali. In case, mama dan abah x jumpa jalan..hehe. Sampai di kat Doshisha Uni, ada 3 meja..satu meja ada buku2. 1 meja lagi ada seorang menunggu dengan buku resit, satu meja lagi ada badge. Dua2 meja tulis "registration" dalam jepun. So, kami pon register la kat meja paling depan. Lepas tu tgk ada badge nama kami kat meja satu lagi. Kami tanya boleh tak amik badge ni ngan buku conference dalam English..orang kat situ cakap jepun la pulak. Che yang translate "x boleh sebab kami x bayar registration lagi". Kami kata la kami dah bayar kat meja yg pertama tadi. Datang la sorang student PhD yang boleh cakap English. Rupanya meja depan tu untuk regstration jadi member journal...mana nak tau..hikhikhik
Disebabkan semua sessi pada hari tu sume dalam Jepun, so kami perlu datang untuk session esoknya. Yeay..
Jadi kami pergi la berjalan2 kat Imperial Palace dan kemudiannya shopping2 kat Teramachi Street, Kyoto.












Japan trip..

Salam semua..
Firstly, Adam nak mintak maaf sebab lama x update blog Adam. Mama dan Abah Adam busy sangat2 lately. Kadang2 Adam kena duduk rumah je.
Ni baru ada kesempatan nak update..17 dan 18 Oktober lalu, abah dan mama Adam ada conference di Doshisha University, Kyoto. Jadi Adam pon ikut sekali.. Che yang yang jaga Adam masa mama dan abah pegi conference.
Adam bertolak dari Wellington pada 15hb/10 jam 9 pagi ke Christchurch pastu ke Singapore.
Dari Wellington ke Christchurch hanya 45 minit dan 10.5 hours ke Singapore. Lepas tu Adam sampai Singapore jam 5 ptg (masa Singapore), transit for 8 hours dan next flight to Osaka jam 1 pagi. Dari Singapore to Osaka lagi 7 jam. Maknanya lebih 24 jam kami xleh tdo.
Dari Osaka pulak, kena amik Haruka Express ke Kyoto selama 1.15 hours. Menarik sungguh pemandangan sepanjang perjalanan. Mana taknye, di tengah2 bandar masih ada kawasan sawah padi biarpon sekangkang kera. Bak kata abah Adam "rumah2 kat sini macam model rumah dalam cerita Ultraman. Rumah2 yang kena serang dengan raksasa".
Sampai kat Kyoto station, Che Yang dah sedia menanti. Time tu nak angkat beg pon dah tak larat..so kami guna perkhidmatan hantar bagasi ke Kinsuikan Kyoto.
Walaupun letih..mama, abah dan Adam tetap seronok sbb akhirnya kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. Jauh Adam berjalan nak jumpa Che Yang.

Sampai di Kyoto, Kak Yang dah tunggu dengan kawan dia, Atif. So, kami pon gi berjalan dulu sebabnya x boleh check in motel lagi. Kebanyakan hotel dan motel di Japan, check in time kul 4 petang dan check out kul 10 pagi. Pengalaman pertama kami, naik bas ke Golden Temple. Bas sistem kat Kyoto sangat la teruk. Rasanya lagi teruk dari bas mini Penang. Tp wpun sistem bas sangat teruk, ramai warga tua yang naik bas walaupun terpaksa berasak2. Kesian tengok diaorg ni..kena tolak2, bas brek nak terjatuh, ada yg berdiri tepi pintu. Rasanya sardin dalam tin pon ada ruang nak berpusing2. Rupa2nya ada sebab kenapa warga tua naik bas..Atif bgtau sebab perkhidmatan bas percuma untuk warga tua tp train depa kena bayar..oooo
Banyak lagi tempat nak pergi, tp sebab Adam merengek, x selesa + dah letih, kami terus balik ke Kinsuikan.



To be continued..

Tuesday, October 13, 2009

Adam will be away..

Adam mintak maaf sebab lama x update blog Adam. Mama dan Abah tersangat sibuk sejak akhir2 ni. Esok Adam akan berlepas ke Jepun. 24 October sehingga 3 Dec, Adam akan berada di Malaysia. Nanti Adam update cerita terbaru Adam ye..
p.s. Datang la melawat Adam kat KB ye..

Sunday, September 6, 2009

Congrats Abah..

Adam dan mama ingin mengucapkan tahniah pada Abah atas kejayaan abah mem"publish" 1st journal. Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan tahniah wpun dah 2 bln paper tu di publish dalam New Phytologist. http://au.wiley.com/WileyCDA/PressRelease/pressReleaseId-55677.html
Dan bermula dari detik itu, hasil kajian abah terus menjadi popular di dalam NZ dan luar NZ. Supervisor abah, Dr KC Burns sangat bangga dengan Abah ..lepas ni abah jadi anak emas la ye..wpun ni kajian abah tp sv la paling seronok sebab dia dpt nama hasil kajian student dia..ye tak?
Click link ni utk tengok hasil kerja abah.
http://www.sciencecentric.com/news/article.php?q=09072240-new-discovery-suggests-trees-evolved-camouflage-defence-against-long-extinct-predator

http://www.cosmosmagazine.com/news/2898/new-zealand-tree-has-defence-against-extinct-moa

http://www.sciencenews.org/view/generic/id/46591/title/Back_off

http://www.sciencedaily.com/releases/2009/07/090722083723.htm

Sekali lagi Adam dan mama ucapkan beribu2 tahniah dan semoga abah sentiasa success dalam setiap benda yang dilakukan. Tiada kejayaan tanpa usaha.

p/s: Buat mama, sila berusaha leih sket ye. Abah naik kereta api tanah Melayu, mama yang tertinggal kena la naik Shinkansen bullet train..supaya nanti sama2 sampai ke destinasi pada masa yang sama..Gambate!

Luv,
Adam & Mama

Sunday, August 23, 2009

Adam Puasa..


Hari ni Adam puasa setengah hari..dari jam 5.41am sampai la pukul 1pm.
Adam sahur makan cereal Milo..3 kali tambah..hehe.
Esok pon Adam nak puasa lagi. Selamat berpuasa kepada semua..Salam Ramadhan

Tuesday, August 18, 2009

Spring vacation..

Hari Sabtu lepas, Adam pegi main snow kat Mt Ruapehu. Perjalanan dari Wellington mengambil masa 4 jam setengah ke Whakapapa Village. Adam keluar dr rumah kul 4.30 pagi, sebab abah janji dengan Uncle Khairul dan Uncle Zaidi nak jumpa di Shell Johnsonville kul 5 pagi..pastu amik Aunty Mehraj ngan abang Erfan. Adam menangis sebab Adam x kenal lg abang Erfan. Pastu ok je..Adam tdo sepanjang perjalanan. Sampai sana mood Adam x ok lg, sbb Adam mengantuk, letih dan lapar..selalu Adam bangun kul 10 pagi, ni mama gerak pukul 4.30pg. Sume gambar Adam x ceria..






Adam ngantuk la mama..Adam rasa nak tertdo je

Mama ngan abah bawak Adam pegi Cafe, nak panaskan badan Adam sambil makan lunch.

Lepas Adam dah makan muffin, nugget, minum susu, Adam kembali ceria. Bila abah amik gambar baru la Adam boleh senyum..


Letih dah main snow ni...



Malam Sabtu, Adam tdo kat Wanganui..Esoknya Adam pegi ke Sargeant Gallery dengan Museum.

HUjan masih renyai2..Adam tertido dalam kereta lepas penat main2 kat museum.

Lepas daripada itu, kami pegi jalan2 kat Durie Hill Elavator..Adam xde dalam gambar sebab Adam tertdo. Mama xnak gerak, sbb takut nanti Adam mengamuk dlm perjalanan pulang ke Wellington.

Sebenarnya..memang ada dalam perancangan nak pegi Kowhai park. Kat situ ada "the best palyground in the world". Tp sebab hujan terpaksa la batalkan hasrat ke sana. Adam ngan abang2 dan kakak sume nak pegi playground. Terpaksa la abah dan mama bawak wpun hujan.

Playground tu sangat cantik..ada 3 bears, humpty dumpty, pirate ship, octopus, mcm2 lagi lah..






Sampai Foxton..kami singgah kat De Melon Windmill. Dah lama mama teringin nak pegi windmill. Pakcik tu ajar cara2 nak buat gandum.


Sebelum balik ke Welly, kami singgah kat Levin. Kat situ ada tempat makan, siap ada microwave ngan playground lagi. Kami singgah makan dan habiskan bekal. Adam jumpa kuda kayu dalam tempat makan tu :) Perasan x Adam x pakai kasut mahupon stokin. Sebab sume dah basah, Adam main air masa kat Kowhai Park..

Lepas makan, straight balik ke rumah. Kul 7pm baru sampai kat rumah. Alhamdullillah, kami selamat pergi dan pulang. Satu perjalanan yang menyeronokkan..

Akhir sekali..SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung blog "Little Kiwi"..puasa penuh ye, jangan yang yok..Tata, semoga ketemu di lain masa. Salam Sayang buat Semua...