Wednesday, March 17, 2010

Happy 2nd Birthday..

16 March lalu merupakan Birthday Adam yang ke2. Alhamdullilah kerana Adam dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang 2 tahun berada di bumi Allah ini.
Adam x celebrate birthday tahun ni..cuma mama dan abah bawak Adam main2 di Junglerama.
Lepas tu abah kena balik ke school siapkan kerja. Nanti balik Malaysia baru celebrate birthday Adam, Ayah long, Ayah Wo dan Ayah Mie bersama-sama.
This year Adam dapat scooter spiderman dari mama dan fisher price tool set dari abah. Senang nanti nak tolong abah bertukang. Abah beli tool set sbb Adam suka main dengan power drill abah. Tahun ni mama x buat birthday kek untuk Adam sbb sume barang2 dah masuk kotak. Nanti balik Malaysia kita beli kek besar ye.

Monday, March 15, 2010

First entry of 2010..

Salam semua,
Dah lama tak update blog Adam ni. Walaupun dah bulan Mac, tp ni first entry untuk tahun 2010.
Mama dan Abah Adam sangat sibuk lepas balik dari Jepun hari tu..bertungkus lumus menyiapkan tesis.

Alhamdullilah, mama Adam telah berjaya menyiapkan thesis PhD dan submit pada 11 March 2010 setelah 3 tahun 27 hari mengharungi suka dan duka. 4 research paper juga berjaya dihasilkan dan telah dihantar ke international journal untuk publication seperti mana janji mama pada supervisor. Rasanya inilah hadiah paling berharga dapat mama Adam berikan pada sv yg banyak membantu dari pelbagai segi sepanjang pengajian. Paper pertama akan di"publish" dalam Journal of Vector Ecology 36(1): edisi Jun 2010, manakala lagi 3 paper still "in review" untuk Population Ecology, Naturwissenschaften, Journal of Vector Ecology.
At the moment, mama Adam tengah menunggu proses untuk viva..harap2 cepat dipanggil viva.
Insyaallah, giliran abah Adam untuk hantar thesis minggu depan. Lepas tu mama dan abah boleh keje dan bina kehidupan...

Terima kasih untuk abah Adam yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan untuk mama. Tidak lupa jugak terima kasih untuk hadiah PhD completion yang diberikan..hehehe. Love it!
Terima kasih juga untuk baby Mama, Nik Adam Farees yang sentiasa memahami keadaan mama sebagai seorang pelajar, sentiasa be a good boy dan tidak banyak kerenah (kadang2 je grumpy sket). Mama love you so much sayang..
Juga jutaan terima kasih untuk semua ahli keluarga dan semua yg membantu secara lansung atau tidak lansung dalam menyerikan kehidupan kami disini.
Doakan yang terbaik untuk kami ye!

14 days to go..