Thursday, December 17, 2009

Japan trip..

Salam semua..
Firstly, Adam nak mintak maaf sebab lama x update blog Adam. Mama dan Abah Adam busy sangat2 lately. Kadang2 Adam kena duduk rumah je.
Ni baru ada kesempatan nak update..17 dan 18 Oktober lalu, abah dan mama Adam ada conference di Doshisha University, Kyoto. Jadi Adam pon ikut sekali.. Che yang yang jaga Adam masa mama dan abah pegi conference.
Adam bertolak dari Wellington pada 15hb/10 jam 9 pagi ke Christchurch pastu ke Singapore.
Dari Wellington ke Christchurch hanya 45 minit dan 10.5 hours ke Singapore. Lepas tu Adam sampai Singapore jam 5 ptg (masa Singapore), transit for 8 hours dan next flight to Osaka jam 1 pagi. Dari Singapore to Osaka lagi 7 jam. Maknanya lebih 24 jam kami xleh tdo.
Dari Osaka pulak, kena amik Haruka Express ke Kyoto selama 1.15 hours. Menarik sungguh pemandangan sepanjang perjalanan. Mana taknye, di tengah2 bandar masih ada kawasan sawah padi biarpon sekangkang kera. Bak kata abah Adam "rumah2 kat sini macam model rumah dalam cerita Ultraman. Rumah2 yang kena serang dengan raksasa".
Sampai kat Kyoto station, Che Yang dah sedia menanti. Time tu nak angkat beg pon dah tak larat..so kami guna perkhidmatan hantar bagasi ke Kinsuikan Kyoto.
Walaupun letih..mama, abah dan Adam tetap seronok sbb akhirnya kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. Jauh Adam berjalan nak jumpa Che Yang.

Sampai di Kyoto, Kak Yang dah tunggu dengan kawan dia, Atif. So, kami pon gi berjalan dulu sebabnya x boleh check in motel lagi. Kebanyakan hotel dan motel di Japan, check in time kul 4 petang dan check out kul 10 pagi. Pengalaman pertama kami, naik bas ke Golden Temple. Bas sistem kat Kyoto sangat la teruk. Rasanya lagi teruk dari bas mini Penang. Tp wpun sistem bas sangat teruk, ramai warga tua yang naik bas walaupun terpaksa berasak2. Kesian tengok diaorg ni..kena tolak2, bas brek nak terjatuh, ada yg berdiri tepi pintu. Rasanya sardin dalam tin pon ada ruang nak berpusing2. Rupa2nya ada sebab kenapa warga tua naik bas..Atif bgtau sebab perkhidmatan bas percuma untuk warga tua tp train depa kena bayar..oooo
Banyak lagi tempat nak pergi, tp sebab Adam merengek, x selesa + dah letih, kami terus balik ke Kinsuikan.



To be continued..

No comments: