Thursday, December 17, 2009

Japan trip 3..


Hari ke2 conference, Adam duduk dengan Che Yang. Che yang bawak Adam jalan2 kat Teramachi street sambil makan chips perisa cheese. Sedap! 4 benda lagi yang Adam suka adalah air Calpis (mcm yogurt drink), biskut Obachan, biskut bear ngan biskut cream yg panjang2..x ingat nama dia. Masa duduk dengan Che Yang, Adam x nangis pon. Mama ngan abah risau takut Adam nangis sbb mama call banyak kali masuk mailbox. Rupanya bilik kat motel tu xde coverage telefon. Sampai motel, mama ketuk pintu, xde orang jawab. Kena la mintak kunci spare dari tuan motel. Rupanya, Adam dan Che Yang tido mati..hehe.

Esoknya, 19hb..mama dan abah dah habis conference. Kami bergerak pagi2 ke Universal Studio Japan. Dalam 1.5 hours perjalanan dari Kyoto ke Osaka. Ride paling best kat USJ, spiderman 3D. Kami kena amik turn nak main, sbb Adam masih kecik, xleh naik ride tu. Tapi yang best, kat dalam building tu ada tempat exchange untuk take turn. Tapi USJ, x berapa sesuai untuk kanak2 kecik..lebih kepada game dan ride untuk adult. Nak beratur untuk main satu permainan amik masa dalam 1 jam. Punya la lama beratur utk main, elok2 sampai turn mama dan abah , Adam mengamuk xmau masuk..isk Adam ni. So mama terpaksa la keluar dengan Adam.




Masa mula2 nak masuk pintu USJ, ada kedai jual popcorn. Nama kedai tu Papa Popcorn. Ada macam2 popcorn..mama ngan che yang beli nut& caramel popcorn dengan golden syrup popcorn. Sedap sangat..Ni la first time Adam makan popcorn manis. Semua popcorn kat NZ jenis masin..butter, salty, double butter. So, hari tu Adam makan popcorn sahaja.














No comments: