Friday, December 12, 2008

Adam dah pandai meniarap..


Hai mama..I make it! Letihlah..

Yah..yah

18/7/2008- Hari pertama Adam pandai balikkan diri sambil mengangkat kepala. Adam dah pandai balikkan diri since umur 2 bulan lg, tp time tu xleh angkat kepala lg. Letih jugak rupanya meniarap ni ye..Mama belikan gym untuk encourage Adam meniarap, tp Adam main kejap je. Pastu boringlah..



Winter..

Do I look like a cotton candy?


Sejuknya bila musim sejuk menjelma..nak keluar rumah kena pakai snow suit. Kat welly takde snow, tp sejuk sangat cuacanya.




Swing baru..Baju baru..

22/7/08- Adam ada baju baru. Mama dan abah belikan baju tidur, satu warna hijau, satu warna biru..abah teringin nak tgk Adam pakai baju tidur..Sebenarnya baju tidur ni untuk umur satu tahun, tapi abah nak beli jugak. Adam baru umur 4 bulan 6 hari..kaki ngan tangan baju kena lipat sebab panjang.
Baju tidur dinosour ..
26/7/08- Hari ni Adam ada swing baru..tp sebenarnya second hand je. Mama belikan kat trade me dengan harga NZD100. Yang baru mahal sangat $250. walaupon secondhand, tp nampak cam baru lagi. Adam ikut abah pegi pick up swing kat Porirua. Excited sangat..
Adam takut la mama..



Tiba masa untuk pulang..



Dah hampir 2 bulan Adam di Malaysia..tiba sudah masa untuk pulang nz.Adam kena ikut mama dan abah belajar. Sedih tinggalkan tokmi dan tokma. Ntah bila Adam boleh balik jenguk mereka. Kalu Adam balik tahun 2010, Adam dah umur 2 tahun. Bak kata Ayah Su ngan Ayah Mie "tak boleh tengok Adam membesar"..


Tuesday, December 9, 2008

Adam balik Malaya..


Adam dan tok mek (moyang Adam)
Adam main pantai..

Adam dan Ayah Su..on the way ke Cameron Highlands
Adam, mama dan abah di Pantai Irama




Adam nak gi beli goreng pisang

Masa umur Adam 52 hari, mama dan abah bawa Adam balik Malaysia. Hampir 12 jam perjalanan balik Malaysia. Sampai KLIA, Adam singgah rumah Che Ngah dan sepupu2 Adam. 2 hari di Seremban, pastu baru Adam balik KB. Seronok sangat jumpa Ayah Long, Ayah Wo, Ayah Anje, Che teh, Ayah Mie dan Ayah Su. Tak lupa jugak sepupu2 Adam sebelah abah. Adam cucu 1st sebelah mama...sbb tu Adam manja :) tapi Adam sedih sangat sebab tak dapat jumpa Tok Wan. Tok wan meninggal 2 minggu sebelum Adam balik Malaysia..Abah kata dia teringin nak ambil gambar Adam dengan Tokwan, dua2 kepala botak.

Masa kat Malaysia, mama dan abah buat aqiqah untuk Adam. 2 ekor kambing tumbang..Ayah Long yang perasan kaya yang support. Time ni la Adam dapat jumpa semua family belah abah dan mama. aqiqah ni buat kat rumah tokmi (mama kepada mama Adam). Mana gambar kambing hitam ni..

Seronok sangat balik Malaysia..boleh jalan merata2. Hari2 mama bawak Adam gi shopping complex. pastu gi Penang, Cameron Highland, gi jalan2 kat pantai. Bila la agaknya nak balik lagi ni..Mama dan abah kata tambang mahal..hari tu pon dah habis dekat RM8000. Capat2 la mama dan abah habis belajar ye..

Wednesday, November 26, 2008

Welcome Tokmi, Tokma and che yang

Hari khamis malam (20.3.08), malam pertama di rumah. Aunty temankan dan bermalam kat rumah. tak sabar nak tunggu mama sampai. Hari jumaat petang baru mama sampai.
Lama jugak mama duduk kat sini..sebulan. Che yang pulak 12 hari je, sbb uni dah nak bukak.
Sian kedua2 mama, diaorg tak tahan sejuk..asyik duduk depan heater je.

Hari- hari di hospital

Hari2 di hospital yg menyeksakan telah bermula. 4 hari ditahan di hospital..Peraturan kat sini, xleh ada org temankan. Kena dok sorang2.
Hari pertama..hari yg sungguh menyeksakan. Apa taknya, baby kat sebelah tak berenti menangis..last2 mak dia panggil nurse soh jaga. Pastu mak dia pulak dok menagis..Argh..tensionnya. Pagi tu kul 7, husband pompuan kat sblh pon dtg. Rupa2nya, anak dia menangis sbb lapar. Dia mintak susu formula, midwife malam tu taknak kasi. Dia suh gak breastfed smp susu keluar. Tu pasal pompuan tu menangis mlm td, mengenangkan nasib baby dia yg lapar. Pagi tu husband dia mengamuk la..siap nak sue hospital. Pompuan tu pon dah siap kemas2 barang nak balik wpun sbnrnya takleh balik lg. Midwife pon pindah pompuan tu ke bilik lain.
Kami pon bersiap la nak balik pagi tu..kemas siap2 dah barang. Midwife kata pas doktor check boleh balik. Midwife amik darah dr kaki Adam..sian Adam. Kaki dia yang kecik tu kena perah2 nak kuarkan darah. Doktor datang check..tapi dia kata tak boleh balik lg. Sbbnya mama dia ada thyroid, so kena check baby on the 4th day. Aku pon mula la bg cadangan.." can I go home now and I will come back here on the 4th day?" . "Nope. You need to stay here because we want to check your baby everyday". Ceh..
Hari ke-3, aku tunggu le kalu doktor dtg check Adam..tapi x nampak pon bayang dia. Penipu besaq.Midwife kata kalu dia la jd doktor, kompem dia soh balik dah. Sbbnya aku ok, baby pon ok.
Hari ke4..aku siap2 dah barang nak balik. Seronok ni nak balik tau. Midwife kata tunggu doktor check around 10 ngan tunggu result darah keluar. Tunggu punya tunggu..kul 3 baru doktor sampai. Apa jenis doktor la dia ni..Apa2 pon seronok sangat dapat balik rumah. Sian kat abang dok rumah sorang2, pastu kena ulang alik ke hospital

Mama Adam

Thursday, November 13, 2008

Masanya dah tiba..

"Yang, abang ada download cerita baru, cerita hantu". Best jugak tengok cerita hantu ni malam2 di kala kebosanan..cerita Shutter. Lama dah cerita ni keluar, tapi takde kesempatan nak tengok. Habis cerita, kami pon tidor le seperti biasa. Pukul 3 pagi (15 March 2008) tiba2 perut dah rasa sakit, rasa macam 'period pain'. Isk..ni mesti tak makan malam tadi sbb takde selera nak makan. Selama 9 bulan ni asyik makan roti ngan biskut Hup Seng cicah milo. Sebabnya tak tahan bau makanan, mesti nak muntah.
Takkan nak beranak dah..sepatutnya lagi 10 hari. Sabar la anakku..tokmi ngan tokma tak sampai lagi. Berusaha la buat2 tdo, tunggu esok pagi la baru makan. Sian pulak nak kejut abang pagi2 buta ni. Tahan je la dulu..
Dah pukul 7 pagi ni..tp sakit perut tak reda2 lagi..Gerak jugak abang bangun. Siap kata " Lapar la..sakit perut". Makan la nasi ngan telur goreng pukul 7 pagi..tp sakit perut tak reda2 jugak. Sakit setiap 10 minit. Nie sakit pelik ni. Mana lah nak tau macam mana sakit beranak..tak pernah baranak :)
Kami pon decide utk gi hospital. Sampai di hospital..Ramai sungguh orang tunggu kat depan pintu hospital..ada le dalam 4 orang yg tgh menahan sakit. Lepas register, dia soh baring dlm operation theatre utk check. Midwife tanya, air dah pecah ke? Belum lg la..Kalu camtu kena balik dulu, kalu dah contract every 5 minutes baru dtg balik. Bile dia sebut camtu..dan2 tu gak le air pecah..hehehe. Maka bermula la cerita di atas...

Peringatan: Cerita hantu tidak sesuai untuk wanita mengandung dan juga pengidap penyakit jantung..hehehe.

Tuesday, November 11, 2008

Anakku..16 March 2008 1.51am (NZ time)






Alhamdulillah, aku dah jadik seorang abah (16/3/2008- 1.51 a.m- Wellington City General Hospital).
Cerita ni bukan nak kata best beranak kat luar negara ke…tak best ke…Cuma sekadar berkongsi cerita untuk suka-suka.
Start contract jam 3 pagi Sabtu lagi sebenarnya, tapi contraction tak kuat, wife pun buleh bantai lena lagi.
So pukul 7 pagi sabtu tu, kami pun pergi la ke delivery suite general hospital. Kat Wellington ni takde langsung prinsip parking percuma, tiap-tiap kali pergi hospital checkup kena bayar parking 3-5 dollar. Kalu emergency baru laa dapat percuma (sekejap…2 jam lepas tu kena pergi bayar untuk next hour parking!)
Sampai je kat delivery suite tu, ramai la pulak orang nak beranak. Midwife nombor satu, Stacey, cakap kat kami, ni awal lagik ni, pi la balik dulu. Aku pun cakap, nak balik boleh, tapi rumah kami kena panjat dekat 40 anak tangga (betul..tak tipu..rumah kat New Zealand kebanyakannya tepi bukit). Nasib baik depa agree, bagi la satu delivery room kat kami-labour room 9.Dia suruh pi jogging untuk cepatkan contraction..haha…betul la sebenarnya dari segi saintifik pun..tapi wife dah start contract kuat, jadi baring aje la.
Stacey ni kurang mesra sket, tapi layanan professional la. Cuma tak berapa peramah. Dari pukul 9 pagi sampai le ke 4 petang dok terperap dalam labour room 9 tu, contraction wife pulak tak menentu, sekejap kuat, sekejap takde. Dilation cervix pun baru 4 cm. Waktu shift terakhir dia, dalam jam 3.30 petang tu, dalam dok tunggu nak buat pelvic exam, tiba-tiba je, jadi peramah. Bila dia dapat tahu kami dua-dua buat Ph.D Biologi, dia pun dok la cerita pasal adik dia jadik cikgu Biologi.(Agaknya dia happy shift dia dah abih kot? Haha).
Tukar midwife nombor dua, Jill. Huuu, ini midwife first class, peramah, attentive, siap buat pressure point acupunture untuk increase contraction, alihkan sakit. Dia suruh dok atas bola exercise (ala bola getah besar tuuu), dan ajar aku nak tekan kat bahagian mana kalu contraction. Dia dgn confident kata nanti dalam kul 6 lebih beranak la nanti.
Nak dijadikan cerita, jam 6 petang-contraction masih tak menentu, sekejap kuat, sekejap takde, cervix dilation pun 4 cm, tak berubah. Pulak dah…. Doktor pun mai dia suggest masukkan IV drip hormon untuk increase contraction dan epidural. Aku assume semua orang tau apakah epidural? Ala diaorang masukkan rubber tubing kat epidural section (somewhere in the lower region of your lumbar-tulang belakang)-nanti ubat bius akan blok contraction pain, jadi secara teorinya si ibu mampu melahirkan anak tanpa sebarang rasa sakit. Err..ada ke prosedure ni kat Malaysia?Sesapa yang dah bersalin boleh confirm? Sebab dengar2 citer mahal (aku tak kisah sgt..Universiti yang bayarkan bil hospital…tapi takut la jugak kang depa kata memandai je amik treatment mahal)
Ok la sambung balik cerita, jadi bila dah masuk IV drip hormon (untuk cepatkan contraction) dan jugak epidural, kena tunggu balik la sampai masa sesuai. Epidural tu ada side-effect jugak, wife aku asyik terketar2 (tak sejuk pun, cuma nerve centre dia dah numb, jadik body akan shaking tanpa sebab). Tunggu la lagik…sampai le shift midwife Jill tu abih, kecewa dia..dia ingat boleh sambut baby tu.Hehe. Tukar pulak dengan Helen atau lebih mesra Aunty Helen (senior midwife kat situ). Dalam pukul 11.30 malam baru la macam ada progress, tapi kena tunggu doktor bertugas la pulak nak uruskan delivery. Sekali doktor bertugas dia doktor perempuan lawa..ala-ala macam citer Grey's Anatomy tuu (doktor yang rambut blonde tuu apakenama..Izzie ke?)..aku ingat doktor lawa2 ni wujud dalam drama2 je…rupa-rupanya ada betul. Bukan apa sekadar menyatakan pandangan sahaja…hehe. Bertuah anak aku, disambut doktor mat saleh lawa..haha
Nama doktor tu Victoria Jackson, mula-mula dia ketuk pintu labour room aku ingat minah model mana sesat, sekali doktor daaa…(tapi dia pun mengaku dia pakai pakaian sesuai untuk seorang doktor!). Dia bawak doktor pelatih, lelaki India nama Kanishka (tapi dia tanya dulu aku tak kisah ke…waktu tu dah letih giler dah..jadik sapa yang boleh tolong..tolong aje laa).
Pukul 12.30 malam, depa sorong wife aku kat operating theater (aaa…dah naik cuak dah…ingat kena belah la pulak!...rupa-rupanya saja..sebab takde orang dah kat delivery suite malam tu, jadi doktor kata lampu kat sana cerah sket, senang nak buat kerja…apa daaa bikin suspen saja).
Maka bermula proses birthing…Subhanallah…memang menakjubkan sungguh proses kelahiran ni…
Wife aku dah dok try push, sekali kepala baby tersangkut sket, doktor kena guna forsep nak tarik keluar.
Tapi apa yang nak dikatakan ialah, dari 16 jam menunggu, 3 midwife silih berganti,bermacam2 jenis ubat kena bubuh, letih, lapar (aku makan ayam nandos seketul je-ihsan dari member yang bawak, wife aku sempat jugak makan nasik pagi tu)…tapi bila tengok baby keluar, semua tu dah tak penting.Tak kisah dah pasal benda-benda lain…Aku potong cord dia, bersihkan dia, azan kan dia…
Tup-tup tengok dah pukul 5 pagi (lepas uruskan jahit+tukar baju+tukar bilik), sepatutnya aku kena balik(kat sini diorang tak kasik teman kat hospital), tapi agaknya Aunty Helen tu kesian tgk aku dia suruh aku tido sejam dua kat labour room dulu. Alhamdulillah…Tapi sempat tido sejam dua aje laa..pagi-pagi, wife dah kena transfer masuk wad biasa, aku pun balik rumah, lena sejam pastu bangun balik pergi hospital.
Ini laa yang aku rasa kalu sesape nak bersalin, kalu boleh bawak le sedara mara terdekat (kan best kalu kat malaysia..mesti ada parents ke, jiran ke, kawan ke yang teman…) Ini aku terasa terkontang-kanting dgn wife aku la sepanjang 16 jam tu. Member-member Malaysia ada mai, tapi depa takleh masuk, lagikpun takkan aku nak suruh depa tunggu sampai 16 jam…hehe). Takpe laa pengalaman. Cuma sebab duduk kat negara orang, bahasa pun lain, adat pun lain, apabila berada dalam keadaan yang agak merumitkan, jadi agak terasa la sedikit janggal…