Tuesday, November 11, 2008

Anakku..16 March 2008 1.51am (NZ time)






Alhamdulillah, aku dah jadik seorang abah (16/3/2008- 1.51 a.m- Wellington City General Hospital).
Cerita ni bukan nak kata best beranak kat luar negara ke…tak best ke…Cuma sekadar berkongsi cerita untuk suka-suka.
Start contract jam 3 pagi Sabtu lagi sebenarnya, tapi contraction tak kuat, wife pun buleh bantai lena lagi.
So pukul 7 pagi sabtu tu, kami pun pergi la ke delivery suite general hospital. Kat Wellington ni takde langsung prinsip parking percuma, tiap-tiap kali pergi hospital checkup kena bayar parking 3-5 dollar. Kalu emergency baru laa dapat percuma (sekejap…2 jam lepas tu kena pergi bayar untuk next hour parking!)
Sampai je kat delivery suite tu, ramai la pulak orang nak beranak. Midwife nombor satu, Stacey, cakap kat kami, ni awal lagik ni, pi la balik dulu. Aku pun cakap, nak balik boleh, tapi rumah kami kena panjat dekat 40 anak tangga (betul..tak tipu..rumah kat New Zealand kebanyakannya tepi bukit). Nasib baik depa agree, bagi la satu delivery room kat kami-labour room 9.Dia suruh pi jogging untuk cepatkan contraction..haha…betul la sebenarnya dari segi saintifik pun..tapi wife dah start contract kuat, jadi baring aje la.
Stacey ni kurang mesra sket, tapi layanan professional la. Cuma tak berapa peramah. Dari pukul 9 pagi sampai le ke 4 petang dok terperap dalam labour room 9 tu, contraction wife pulak tak menentu, sekejap kuat, sekejap takde. Dilation cervix pun baru 4 cm. Waktu shift terakhir dia, dalam jam 3.30 petang tu, dalam dok tunggu nak buat pelvic exam, tiba-tiba je, jadi peramah. Bila dia dapat tahu kami dua-dua buat Ph.D Biologi, dia pun dok la cerita pasal adik dia jadik cikgu Biologi.(Agaknya dia happy shift dia dah abih kot? Haha).
Tukar midwife nombor dua, Jill. Huuu, ini midwife first class, peramah, attentive, siap buat pressure point acupunture untuk increase contraction, alihkan sakit. Dia suruh dok atas bola exercise (ala bola getah besar tuuu), dan ajar aku nak tekan kat bahagian mana kalu contraction. Dia dgn confident kata nanti dalam kul 6 lebih beranak la nanti.
Nak dijadikan cerita, jam 6 petang-contraction masih tak menentu, sekejap kuat, sekejap takde, cervix dilation pun 4 cm, tak berubah. Pulak dah…. Doktor pun mai dia suggest masukkan IV drip hormon untuk increase contraction dan epidural. Aku assume semua orang tau apakah epidural? Ala diaorang masukkan rubber tubing kat epidural section (somewhere in the lower region of your lumbar-tulang belakang)-nanti ubat bius akan blok contraction pain, jadi secara teorinya si ibu mampu melahirkan anak tanpa sebarang rasa sakit. Err..ada ke prosedure ni kat Malaysia?Sesapa yang dah bersalin boleh confirm? Sebab dengar2 citer mahal (aku tak kisah sgt..Universiti yang bayarkan bil hospital…tapi takut la jugak kang depa kata memandai je amik treatment mahal)
Ok la sambung balik cerita, jadi bila dah masuk IV drip hormon (untuk cepatkan contraction) dan jugak epidural, kena tunggu balik la sampai masa sesuai. Epidural tu ada side-effect jugak, wife aku asyik terketar2 (tak sejuk pun, cuma nerve centre dia dah numb, jadik body akan shaking tanpa sebab). Tunggu la lagik…sampai le shift midwife Jill tu abih, kecewa dia..dia ingat boleh sambut baby tu.Hehe. Tukar pulak dengan Helen atau lebih mesra Aunty Helen (senior midwife kat situ). Dalam pukul 11.30 malam baru la macam ada progress, tapi kena tunggu doktor bertugas la pulak nak uruskan delivery. Sekali doktor bertugas dia doktor perempuan lawa..ala-ala macam citer Grey's Anatomy tuu (doktor yang rambut blonde tuu apakenama..Izzie ke?)..aku ingat doktor lawa2 ni wujud dalam drama2 je…rupa-rupanya ada betul. Bukan apa sekadar menyatakan pandangan sahaja…hehe. Bertuah anak aku, disambut doktor mat saleh lawa..haha
Nama doktor tu Victoria Jackson, mula-mula dia ketuk pintu labour room aku ingat minah model mana sesat, sekali doktor daaa…(tapi dia pun mengaku dia pakai pakaian sesuai untuk seorang doktor!). Dia bawak doktor pelatih, lelaki India nama Kanishka (tapi dia tanya dulu aku tak kisah ke…waktu tu dah letih giler dah..jadik sapa yang boleh tolong..tolong aje laa).
Pukul 12.30 malam, depa sorong wife aku kat operating theater (aaa…dah naik cuak dah…ingat kena belah la pulak!...rupa-rupanya saja..sebab takde orang dah kat delivery suite malam tu, jadi doktor kata lampu kat sana cerah sket, senang nak buat kerja…apa daaa bikin suspen saja).
Maka bermula proses birthing…Subhanallah…memang menakjubkan sungguh proses kelahiran ni…
Wife aku dah dok try push, sekali kepala baby tersangkut sket, doktor kena guna forsep nak tarik keluar.
Tapi apa yang nak dikatakan ialah, dari 16 jam menunggu, 3 midwife silih berganti,bermacam2 jenis ubat kena bubuh, letih, lapar (aku makan ayam nandos seketul je-ihsan dari member yang bawak, wife aku sempat jugak makan nasik pagi tu)…tapi bila tengok baby keluar, semua tu dah tak penting.Tak kisah dah pasal benda-benda lain…Aku potong cord dia, bersihkan dia, azan kan dia…
Tup-tup tengok dah pukul 5 pagi (lepas uruskan jahit+tukar baju+tukar bilik), sepatutnya aku kena balik(kat sini diorang tak kasik teman kat hospital), tapi agaknya Aunty Helen tu kesian tgk aku dia suruh aku tido sejam dua kat labour room dulu. Alhamdulillah…Tapi sempat tido sejam dua aje laa..pagi-pagi, wife dah kena transfer masuk wad biasa, aku pun balik rumah, lena sejam pastu bangun balik pergi hospital.
Ini laa yang aku rasa kalu sesape nak bersalin, kalu boleh bawak le sedara mara terdekat (kan best kalu kat malaysia..mesti ada parents ke, jiran ke, kawan ke yang teman…) Ini aku terasa terkontang-kanting dgn wife aku la sepanjang 16 jam tu. Member-member Malaysia ada mai, tapi depa takleh masuk, lagikpun takkan aku nak suruh depa tunggu sampai 16 jam…hehe). Takpe laa pengalaman. Cuma sebab duduk kat negara orang, bahasa pun lain, adat pun lain, apabila berada dalam keadaan yang agak merumitkan, jadi agak terasa la sedikit janggal…



2 comments:

zahratulhilal said...

behind the scene... huhu. sian abah adam.. nt adam besar kene ingat pengorbanan mama & abah tau

NikWan said...

alahai..sian kat abah je ke? kat mama dia x kesian ke?